-
Rakyat Malaysia di Jakarta diancam dengan buluh runcing
JAKARTA 8 Sept. — Jabatan Penuntut Malaysia di sini hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.
Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.
Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.
Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.
Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.
Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.
Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.
Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”. Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.
Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.
Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.
— BERNAMA
Blogger Post
-
PENGASAS ROYALTI JADI KP JKOM, MAMPOS LA KITA - Nak tergelak bila mana si Syam Ghaz ni dilantik sebagai ketua pengarah JKOM. budak separuh masak ni kerajaan madani lantik...? Kenapa aku kata budak ni s...5 months ago
-
Wanita DAPig Mulakan Pancutan Di Mahkota - *Bercukur la para pengikut umdap kerana tuhan politik dapig mereka dah mula bekerja menawan hati pengundi cina. Kiranya atas kertas macam umdap dan se...2 years ago
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...4 years ago
-
Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...5 years ago
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...6 years ago
-
Corridor of Power - Percaturan Politik Tun M Memang Superb!!! - Jika pendapat penulis ini benar, apa faedah yang Tun M perolehi daripada penubuhan kerajaan baru Perikatan Nasional adalah seperti berikut; 1) Anwar X jad...6 years ago
-
BERKAT DOA, ISTIQAMAH, SABAR SELAMA 8 TAHUN - Bermunajat di Puncak Jabal Nur, Gua Hira''. Musim Haji 1431H/2010 Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 8 tahun, pada hari ini, Mahkamah Persekutuan se...9 years ago
-
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO- SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI? - Perhmpunan Agung UMNO yang lepas ibarat gelanggang pak lawak, badut dan pelakon. Penuh dengan toyol yang sedang menikmati harta samun. PAU ini juga diguna ...9 years ago
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL - Iqaluit ialah sebuah bandar dalam wilayah Nuvanut yang terletak di utara Kanada, Pada bulan paling panas iaitu Julai, suhunya setakat 9 darjah Celcius, ma...10 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi - Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas...11 years ago
-
RAFIZI RAMLI PUNYA TEORI EKONOMI SETARAF JAMBAN PENUH.. - Kata rafizi ikut teori ekonomi pala hotaknya Kalau pakatan perintah Minyak turun dan harga barang pun turun.. http://theflyingkick.blogspot.com/2015/01/raf...11 years ago
-
10 Anak Super Jenius di Dunia - 1. Kim Ung-Yong (Manusia Ber-IQ Tertinggi di Dunia) Lahir pada tahun 1962, anak dari Korea ini dinobatkan sebagai manusia jenius di seluruh dunia. Bayangkan...13 years ago
-
-
Salam - Jauh perjalanan banyak pengalaman - kini kembali ke negara tanah tumpah darah ku untuk berbakti bagi memastikan kumpulan perosak keamanan dan perpaduan rak...13 years ago
-
AnWAR : 'SESUMPAH' YG MAHU BERSUMPAH - 1. Semingu dua ini sudah kedengaran kembali ura-ura AnWAR mahu mahu bersumpah bagi membersihkan dirinya. AWAS!! Ini satu lagi taktik mahu meraih simpati s...14 years ago
-
Tenang:Roket Di Junjung,Bulan Gerhana - Sekitar penamaan calon di Tenang,terbukti khawarij tunggangan DAP. Apek DAP tak payah buat kerja susah susah,tidor lagi bagus,khawarij PAS tunggangan merek...15 years ago
-
-
KJ Bukan Setakat Hipokrit, Tapi Bacul dan Lying Scumbag - "Singh, in the spirit of free speech, you're free to post anything" Cait ... ini penipu punya kaki Singh is back … but kena ubah style sikit, this time nak ...16 years ago
-
-
Bribery cheque for DAP Serdang Aman - Last Wednesday this website cannot be accessed and was facing some technical problem. A group of people had flagged this blog as a spam site hoping to stop...17 years ago
-
-
-
-
-
-


0 comments: