Jauhi diri anda dan keluarga dari najis dadah!
  • UMNO dan Orang Melayu.

    Diluar PWTC dan di kedai-kedai sarapan pagi ketika itu aku melihat ramai orang yang menadah tangan sewaktu Ustaz Jamil Khir membacakan doa sebelum majlis perasmian persidangan umno ke 60.Jauh dilubuk hati mereka mungkin mengharapkan serta terpendam seribu pengharapan dan kasih sayang yang terlalu mendalam bahawa parti ini saja yang benar-benar memperjuangkan hala tuju bangsaku.Mungkin bagi yang tidak pernah rasa berterima kasih pada parti ini akan mengatakan bahawa hanya perhimpunan biasa.namun percayalah jika kita duduk didalam dewan ini betapa rasa kasih dan tanggungjawab kepada bangsa itu akan hadir.Dilihat kiri dan kanan ada yang menaglirkan air mata kerana memikirkan nasib anak dan cucu mereka pada masa depan.Begitulah hebatnya UMNO begitu jua la uniknya UMNO.Walaupun kesan pemilihan yang lalu masih terasa namun putik penyatuan telah pun dapat dizahirkan sedikit demi sedikit.Jika dilihat perapian dan aturan majlis serta dekorasi indah tentunya ingin menyampaikan mesej bahawa orang melayu bukan bangsa yang haprak dan juga UMNO itu sendiri dapat meyakinkan rakyat bahawa ia serius dalam melakukan apa sahaja demi bangsa,agama dan tanahair.Sememangnya denyut nadi dan juga rintihan rakyat dapat dirasai...

0 comments:

Leave a Reply


Blogger Post



HOT!-Islam Tidak Lagi Dihormati

HotlipsTube